Pasaran Penggunaan yang Makin Pulih Dinamikkan Ekonomi China

2020-07-11 14:05:13  CRI
Share with:

Menurut data dikeluarkan pihak rasmi China kelmarin, industri penghantaran ekspres pulih cepat daripada pengaruh negatif wabak COVID-19 pada setengah tahun pertama tahun ini, terbukti dengan kadar pertumbuhan puratanya yang mencatat 22.5%, iaitu menghampiri taraf tahun lalu. Pemulihan pesat industri penghantaran ekspres adalah lambang pemulihan pasaran penggunaan yang berterusan di China, negara yang e-dagangnya berkembang paling pesat di dunia. Pada masa ini, peniaga dalam talian berkoordinasi dengan pihak penghantaran ekspres mendorong peningkatan taraf penggunaan sudah menjadi satu kelaziman, yang turut mendorong model “penghantaran ekspres+penjualan secara siaran langsung dalam talian” berkembang pesat, dan menjadikannya tenaga baharu yang merangsang penggunaan.

 
Penggunaan selama ini adalah pendorong utama pertumbuhan ekonomi China. Pada tahun 2019, sektor penggunaan menyumbang 57.8% kepada pertumbuhan ekonomi China, sekali gus mendorong pertumbuhan Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 3.5 mata peratusan. kedudukannya sebagai pendorong utama untuk pertumbuhan ekonomi sudah pun dikekalkan selama enam tahun berturut-turut.
 
Tatkala sektor penggunaan konvensional terjejas akibat wabak COVID-19 pada tahun ini, sektor penggunaan dalam talian cepat berkembang dan melahirkan model penggunaan baharu termasuk pekerjaan, rawatan dan pendidikan dalam talian. Memandangkan pencegahan dan kawalan wabak di China telah menjadi tugas rutin, penggunaan model baharu itu dapat terus berkembang berdasarkan sokongan dari kemajuan sains dan teknologi termasuk 5G, pengkomputeran awam, data besar dan kecerdasan buatan (AI). Selain itu, langkah-langkah berkenaan yang diambil kerajaan China juga memainkan peranan perangsang penting bagi menggalakkan pasaran penggunaan.
      
Pemulihan pasaran penggunaan China yang berterusan bukan sahaja telah menyuntik keyakinan kuat kepada ekonomi domestik dan juga membawa harapan kepada ekonomi dunia. Misalnya pertumbuhan e-dagang rentas sempadan menggambarkan kemampuan pembelian China yang kuat, yang dilihat boleh mencipta peluang kepada negara lain bagi menyambung semula pengeluaran syarikat dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
 
Selain itu, China telah menetapkan Ekspo Import Antarabangsda China ke-3 akan diadakan menurut jadual pada awal November. Setakat awal Jun lalu, kontrak sewa untuk lebih 90% ruang pameran sudah ditandatangani dengan pempamer, yang membuktikan daya tarikan yang amat besar pasaran China.
曹捷