Fitnah Terhadap PKC Mengundang Hinaan pada Diri

2020-07-18 15:29:18  CRI
Share with:

Baru-baru ini,  segelintir politikus Amerika Syarikat (AS) termasuk Setiausaha Negara, Mike Pompeo dan Penasihat Keselamatan Negara, Robert O'Brien membuat fitnah terhadap Parti Komunis China (PKC), dan cuba melaga-lagakan hubungan rakyat China dengan parti tesebut. Namun berdasarkan keputusan satu laporan oleh Universiti Harvard baru-baru ini, kepuasan hati rakyat China terhadap kerajaan pusat mencatat kadar 90%. Oleh itu, tuduhan segelintir politikus AS itu hanya akan mengundang hinaan pada diri.  

Sejak tercetusnya pandemik COVID-19, kerajaan China sedaya upaya menyelamatkan setiap satu pesakit tanpa mengira kosnya. Menurut statistik, kos perubatan purata bagi setiap pesakit berjumlah RMB23 ribu (RM14.67 ribu), manakala kos bagi pesakit kritikal berjumlah RMB150 ribu malah lebih tinggi. Semua kos perubatan tersebut ditanggung oleh kerajaan. Hanya selama tiga bulan, usaha bersama 1.4 bilion rakyat di bawah pimpinan kerajaan telah melakar kemajuan cemerlang yang sekali lagi mencerminkan hubungan rakyat dengan kerajaan yang begitu rapat. 

Namun di AS, apa yang disaksikan oleh orang ramai ialah "kepentingan politik diutamakan" dan "undi diutamakan”. Kegalalan AS dalam membendung penularan wabak mengakibatkan jumlah kes jangktian di negara itu mewakili 25% daripada jumlah keseluruhan di dunia. Politikus AS terus mengambinghitamkan PKC untuk mengelakkan tanggungjawab sendiri, hanyalah akan mengundang hinaan pada diri sendiri.

胡星