Henti Burukkan Lagi Ikatan Dua Negara

2020-07-21 13:12:16  CRI
Share with:

Khabar bahawa Washington sedang mempertimbangkan untuk melarang anggota Parti Komunis China (PKC) dan keluarga mereka masuk ke AS telah mengundang kritikan pedas. Penganalisis melihat tindakan provokatif AS tersebut sebagai petanda bangkitnya semula “faham McCarthy” di negara itu, iaitu satu amalan menuduh berlakunya subversi atau pengkhianatan tanpa begitu mempedulikan bukti.

Ramai pemerhati dari Barat menganggap, modus operandi politikus AS untuk mengekang China jelas memperlihatkan hegemoni dan mentaliti Perang Dingin yang sudah berakar umbi, serta kekhuatiran dan ketidakyakinan diri mereka. Bekas Duta Besar AS ke China, Max Baucus semasa ditemu ramah CNN secara jujur mengakui bahawa adalah bahaya di AS sekarang jika sesiapa hendak berdiri di sisi China.

Suasana politik seumpama itu pasti akan memberi tempias kepada hubungan dua negara. Sebenarnya, AS sudah mengambil tahu perihal China sebuah negara di bawah pimpinan PKC sewaktu menjalin hubungan diplomatik dengan negara tembok besar ini. Namun, dewasa ini, sesetengah politikus mereka tidak mengendahkan amalan diplomasi dan norma asas hubungan antarabangsa, sebaliknya terang-terangan bertindak provokatif dan melihat China sebagai "musuh abadi".  Alangkah gilanya dan tidak masuk akal apabila mereka memutuskan untuk bertentangan dengan rakyat China, yang bilangannya satu perlima populasi seluruh dunia.

Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, pilihan strategik yang dibuat China dan AS akan mencorakkan pola order baharu dunia. Persaingan antara kuasa besar tidak dapat dielakkan, namun keupayaan untuk berkolaborasi barulah benar-benar mengukur kaedah tadbir urus.

董筱娉