Fitnah Pompeo Jahil, Bodoh

2020-07-29 13:42:31  CRI
Share with:

Sewaktu berucap di Perpustakaan Presiden Richard Nixon baru-baru ini, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo mengecam Parti Komunis China (PKC) sambil “memuji” rakyat China, dengan niat mencetuskan pertentangan dan huru-hara di negara ini.

Hati rakyat ibarat cerminan keupayaan sesebuah parti pemerintah. Umum mengetahui kadar sokongan kerajaan China menduduki tempat teratas dalam tinjauan antarabangsa sejak bertahun-tahun lamanya. Wabak COVID-19 yang tercetus tiba-tiba, sekali lagi memperlihatkan konsep “rakyat diutamakan” dan “nyawa diutamakan” yang menjadi pegangan PKC. Konsep inilah yang membolehkan wabak berkenaan dibendung dengan berkesan dalam masa hanya tiga bulan.

Sudah jelas, politikus umpama Pompeo yang prejudis dan hanya memandang kepentingan politik sendiri tidak mengambil berat akan nyawa dan kepentingan rakyat walaupun sering menyebut-nyebut tentang “rakyat” dalam percakapannya.

Bagi rakyat China yang seramai 1.4 bilion, semakin karut dan provokatif ujaran politikus seperti Pompeo, semakinlah mereka percaya dan menyokong parti pemerintah negara sendiri.

Seperti pandangan bekas penolong Setiausaha Negara AS, Daniel Russel, niat Pompeo “ketinggalan zaman dan tidak berguna”, dan hanya akan membawa kesan yang sebaliknya.

張憲