Pemilihan Majlis Legislatif Hong Kong Ditangguhkan

2020-08-01 15:07:41  CRI
Share with:

Pompeo yang Gila-gilaan Terus Memfitnah Syarikat China

Berikutan situasi wabak COVID-19 amat serius, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor semalam mengumumkan untuk menangguhkan pemilihan Majlis Legistatif ke-7 Hong Kong. Sehubungan itu, kerajaan pusat China menyatakan sokongan terhadap keputusan yang dibuat berdasarkan undang-undang itu.

Langkah yang diambil menurut situasi semasa ini telah menggambarkan manifesto kerajaan Hong Kong yang mengutamakan kesihatan penduduk. Keputusan yang selaras dengan amalan antarabangsa itu bukan sahaja mengambil kira keselamatan nyawa dan kesihatan fizikal penduduk Hong Kong, tetapi juga mengambil kira keselamatan, kesaksamaan dan keadilan pemilihan Majlis Legislatif.

Pompeo yang Gila-gilaan Terus Memfitnah Syarikat China

Sejak tercetusnya wabak COVID-19 di Hong Kong pada awal bulan Julai, kerajaan tempatan segera mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang pantas. Namun, penularan wabak yang cepat mengakibatkan sistem perubatan tempatan menghadapi beban yang amat berat,  dan juga mengakibatkan kekurangan kemudahan pengasingan dan kuarantin. Selain itu,  terdapat banyak kes yang masih belum dikesan puncanya.

Jelaslah bahawa tunjuk perasaan yang haram dan aktiviti yang disebut 'kempen pemilihan awal' yang dijalankan puak pembangkang Hong Kong berkait rapat dengan situasi wabak yang makin serius. Masyarakat Hong Kong mengutuk aktiviti tersebut, menyeru agar pemilihan ditangguhkan dan berharap pemilihan dijalankan dengan prasyarat, iaitu terlebih dahulu memastikan kesihatan awam dan keadilan terjamin. Ini menjadi pendapat arus perdana masyarakat Hong Kong.

Menurut statistik berkenaan, setakat penghujung bulan Julai, terdapat sekurang-kurangnya 70 buah negara dan kawasan telah menangguhkan pemilihan mereka ekoran wabak COVID-19.

Pompeo yang Gila-gilaan Terus Memfitnah Syarikat China

 

曹捷