Politikus AS Tak Layak Bicara "Rangkaian Bersih"

2020-08-08 15:52:19  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo mengumumkan satu inisiatif yang bernama "rangkaian bersih" dengan alasan "keselamatan negara" pada 5 Ogos lalu. Inisiatif tersebut bertujuan untuk mengelakkan pengaruh syarikat China dalam lima aspek termasuk syarikat pengendali, kedai aplikasi, aplikasi, perkhidmatan awan, dan kabel rangkaian.

Sehari kemudian, Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengenakan sekatan terhadap syarikat media sosial China.

Inisiatif yang disebut "rangkaian bersih" itu sendirinya pula tidak bersih, dan sebenarnya satu penindasan politik yang serius terhadap syarikat sains dan teknologi China. Banyak fakta membuktikan bahawa AS ialah penggodam dan ancaman siber terbesar di dunia. Apa yang di sebalik dalih politikus AS seperti Pompeo ialah tipu muslihat semata-mata.

Pertama, untuk memelihara kedudukan monopoli AS dalam bidang sains dan teknologi tingg, politikus AS tidak mahu berpura-pura lagi membela "persaingan bebas". Tindakan ini bukan sahaja membelakangi hukum pasaran dan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa, malah mengancam keselamatan rantai industri dan bekalan global, dan menjadi halangan besar bagi kemajuan sains dan teknologi serta pembangunan ekonomi global.

Kedua, AS menghadapi krisis besar dalam negeri, seperti gagal mengawal penularan pandemik COVID-19, tunjuk perasaan akibat diskriminasi ras banyak berlaku, dan situasi ekonomi makin buruk. Oleh itu, membuat kenyataan anti-China digunakan oleh Pompeo dan rakan-rakannya sebagai tindakan membela kerjaya politik mereka.

Dan ketiga, Pompeo berpeluk dengan fikiran anti-China. Dia menyekat China dengan setegas-tegasnya untuk memperoleh lebih banyak manfaat politik.

Tahap globalisasi semakin tinggi di dunia pada masa ini. Niat Pompeo untuk menyekat syarikat teknologi maklumat China pasti akan gagal. Selain itu, AS yang mahu menyingkirkan syarikat China dari arena industri maklumat antarabangsa tidak akan diterima oleh hukum ekonomi. Sebaliknya, AS akan terpulau dari dunia, dan tindakan Pompeo pula akan menjejaskan kepentingan syarikat dan pengguna AS sendiri.

徐國瑋