AMM Seru Galak Pemulihan Pasca Wabak

2020-09-10 12:38:59  CRI
Share with:

AMM Seru Galak Pemulihan Pasca Wabak_fororder_1126474339_15996672657631n

Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) ke-53 secara telesidang dirasmikan semalam. Dalam majlis perasmian itu, Nguyen Xuan Phuc, Perdana Menteri Vietnam, negara pengerusi bergilir ASEAN menyeru para anggota mengekalkan perpaduan, berusaha menangani wabak COVID-19 dan mendorong pemulihan pasca wabak.

Beliau dalam ucapannya mencadangkan supaya tabung wabak COVID-19 dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperhebat kemampuan ASEAN menangani cabaran, merangsang penyambungan semula kegiatan pengeluaran dan penormalan kehidupan rakyat serta mempercepat pemulihan ekonomi.

Beliau turut menyatakan bahawa negara-negara ASEAN perlu menggalakkan pelaburan dan perdagangan, membaiki rantai bekalan yang terjejas, merapatkan kesalinghubungan dan saling menyokong agar mengurangkan jurang pembangunan di subkawasan berkenaan.

Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh pula menyatakan sidang kali ini akan membincangkan kaedah mendorong kerjasama dan integrasi serantau, mengatasi kesukaran dan cabaran selain merealisasikan matlamat yang ditetapkan bersama. Para menteri juga akan membicarakan langkah-langkah bagi membolehkan pelaksanaan berkesan konsensus antara pemimpin dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-36.

AMM Seru Galak Pemulihan Pasca Wabak_fororder_1126474339_15996672657891n

 

曹捷