Xi Jinping dan Guru-Gurunya

2020-09-11 14:56:39  CRI
Share with:

Xi Jinping dan Guru-Gurunya_fororder_微信圖片_20200911145035

Lebih 17 juta orang guru China menyambut Hari Guru pada10 September dan mereka menerima sanjungan dan ucapan terima kasih daripada pelajar dan segenap lapisan masyarakat.

Apakah kisah tentang pemimpin China, Xi Jinping dengan guru-gurunya?

 

Xi Jinping dan Guru-Gurunya_fororder_微信圖片_20200911145016

Chen Qiuying, Guru Bahasa Mandarin: Penghormatan Xi terhadap guru tersemat dalam ingatan saya

 

Pada September 1965, Chen Qiuying, guru bahasa Mandarin kelas tahun pertama sekolah menengah rendah menerima sekelas murid baharu termasuk Xi Jinping yang berusia 12 tahun ketika itu.

Walaupun usia Xi lebih kecil berbanding rakan-rakan sekelasnya, tetapi cikgu Chen mendapati bahawa karakter Xi sederhana dan baik.

Pada tahun 1999, Chen Qiuying yang telah bersara tidak berhenti menceburkan diri dalam pendidikan kanak-kanak. Beliau telah menghasilkan karya-karya cerita kanak-kanak lebih 100 ribu perkataan dan mengirim sebuah buku karyanya kepada Xi Jinping.

Xi yang menyandang jawatan pemangku Gabenor provinsi Fujian pada masa itu lalu menulis surat kepada cikgu Chen dan menyatakan penghormatan kepada guru dan ilmu dipelajarinya.

Sehari sebelum Hari Guru pada 9 September tahun 2016, Xi yang telah menjadi pemimpin tertinggi negara ini kembali ke sekolahnya iaitu Sekolah Ba Yi.

Menurutnya, ramai guru yang pernah mengajarnya dan Xi masih ingat wajah dan rupa mereka.

Katanya, guru-guru telah mengajar beliau ilmu dan prinsip kehidupan yang turut memberikan banyak manfaat kepada beliau.

 

Xi Jinping dan Guru-Gurunya_fororder_微信圖片_20200911145028

Chen Zhonghan: Xi sentiasa bersyukur

 

Chen pernah menjadi penolong ketua guru bagi kelas Xi.

Ketika berbual dengan Xi pada empat tahun yang lalu, Chen memberi pesanan agar beliau dapat mentadbir negara dengan lebih baik seterusnya membolehkan tanah air mencapai kemajuan yang lebih gemilang dalam pelbagai bidang.

Xi mengucapkan terima kasih atas pesanan cikgu Chen dan menurutnya, pesanan tersebut disemai kemas dalam hatinya.

Menjelang Hari Guru tahun ini, Xi memuji golongan guru di seluruh negara yang menjaga kesihatan psikologi pelajar mereka dan menjayakan pelajaran dalam talian yang berskala paling besar di dunia.

Menurutnya, usaha guru telah menghidupan impian kanak-kanak di desa.

Xi berkata, para guru menunjukkan etika perguruan dan mempunyai tanggungjawab yang bertaraf tinggi.

Justeru, guru perlu menjadi kerjaya yang paling dikagum dan dihormati dalam masyarakat dan seluruh masyarakat perlu membina suasana yang menghormati guru dan ilmu.

徐國瑋