China, Malaysia Lancar Pertandingan Filem “EYE”

2020-09-11 14:00:48  CRI
Share with:

China, Malaysia Lancar Pertandingan Filem “EYE”_fororder_3371cad2887f41d38d1eb99deba4f7c2

Pertandingan Filem Pendek dan Muzik Video “EYE” anjuran Kedutaan Besar China di Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) membuka tirainya di Kuala Lumpur semalam.

Aktiviti ini bertujuan menyediakan platform kepada para penghasil filem untuk menceritakan kisah-kisah menyentuh hati tentang kasih sayang sesama manusia ketika mengharungi perubahan dan kesukaran mengejut, khususnya ketika pandemik COVID-19 menular.

China, Malaysia Lancar Pertandingan Filem “EYE”_fororder_f666ea834c4c4e4090afd4c64b872815

Zakaria Abdul Hamid, Pengerusi FINAS pada majlis perasmian berkata, pertandingan ini memberi peluang kepada penghasil filem Malaysia dan China untuk bekerjasama dan saling belajar. Beliau melahirkan harapan agar lebih banyak aktiviti seumpama diadakan bagi membolehkan rakyat kedua-dua negara memahami budaya satu sama lain.

Duta Muda dari Kedutaan Besar China di Malaysia, Tang Rui menyatakan, banyak kejadian yang menyentuh perasaan berlaku dalam usaha bersama China-Malaysia melawan wabak. Adalah menjadi harapannya agar lebih banyak orang merakamkan perjuangan bersama rakyat kedua-dua negara dengan lensa mereka, bagi memaparkan ikatan persahabatan yang cukup berharga ini menerusi video.

China, Malaysia Lancar Pertandingan Filem “EYE”_fororder_3d214d77900d4e528af7cd88f3b221b9

呂清