Laos Hargai Peluang Dalami Buku Xi Jinping

2020-09-15 16:12:46  CRI
Share with:

Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP), Kikeo Khaykhamthiphun menyanjung penerbitan jilid ketiga buku "Xi Jinping: Pentadbiran Negara", semasa ditemu bual oleh Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Kikeo yang juga Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos menyatakan bahawa parti negaranya sentiasa berminat untuk mempelajari dan menaakul pemikiran Xi Jinping mengenai sosialisme bercirikan China untuk era baharu.

Selanjutnya, pihak Laos akan mempopularkan buku ini di kalangan pegawai parti dan kerajaan sambil memperkenalkannya menerusi saluran media dan perpustakaan, sebagai langkah penting untuk memperkukuh perkongsian pengalaman berkaitan pentadbiran negara.

Dalam satu majlis yang berlangsung pada 11 September, Dewan Perniagaan China Laos telah menghadiahkan jilid ketiga buku "Xi Jinping: Pentadbiran Negara" kepada Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos.

董筱娉