Presiden China, Xi Jinping mengadakan tinjauan di provinsi Hunan semalam. Beliau mengunjungi dewan pameran di kampung etnik Yao di kaunti Rucheng, bandar Chenzhou serta pusat perkhidmatan dan klinik di kampung, pangkalan pertanian moden, sekolah rendah dan keluarga penduduk tempatan untuk melihat sendiri keadaan pendidikan patriotik dan kemajuan dalam usaha membasmi kemiskinan.