Xi: Penyusunan Rancangan Lima Tahun Ke-14 Selaras dengan Hasrat Rakyat

2020-09-20 15:17:00  CRI
Share with:

 

Xi: Penyusunan Rancangan Lima Tahun Ke-14 Selaras dengan Hasrat Rakyat_fororder_xi1

Xi: Penyusunan Rancangan Lima Tahun Ke-14 Selaras dengan Hasrat Rakyat_fororder_xi2

Presiden China, Xi Jinping ketika menghadiri simposium bersama wakil penduduk di bandar Changsha, provinsi Hunan China, mendengar pandangan dan cadangan wakil rakyat tentang penyusunan Rancangan Lima Tahun Ke-14, pada 17 September lalu.

 

Beliau yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat menegaskan, cita-cita rakyat terhadap kehidupan yang indah ialah matlamat pembangunan negara. Penyusunan Rancangan Lima Tahun melibatkan pelbagai aspek dan berkait rapat dengan kehidupan seharian rakyat. Maka, pelbagai lapisan rakyat digalakkan untuk mengemukakan cadangan supaya rancangan itu selaras dengan hasrat rakyat.

 

Beliau menegaskan bahawa China masih berada dalam fasa pembangunan yang sangat penting, di mana peluang dan cabaran wujud bersama. Maka, negara ini patut mempercepat pembentukan "dwikitaran" iaitu kitaran domestik sebagai tonggak utama, di samping kitaran domestik dan kitaran antarabangsa saling menggalakkan.

胡星