Britain, Perancis, Jerman Enggan Pulih Sekatan Terhadap Iran

2020-09-20 14:55:16  CRI
Share with:

Britain, Perancis, Jerman Enggan Pulih Sekatan Terhadap Iran_fororder_微信圖片_20200920145205

Hubungan tegang antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran terus meruncing baru-baru ini. Pegawai AS mengumumkan pada 16 Ogos yang lalu bahawa pihaknya akan mengenakan apa yang disebut "sekatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Iran" bermula 20 September.

Namun menurut perkembangan berkaitan, Britain, Perancis dan Jerman kelmarin menyerahkan surat kepada Majlis Keselamatan PBB yang menyatakan, mereka tidak akan memulihkan sekatan terhadap Iran bermula hari ini sepertimana yang dituntut oleh AS.

Wakil tetap ketiga-tiga negara tersebut dalam surat berkata, AS bagaimanapun telah menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran pada 2018. Oleh itu, AS telah kehilangan kelayakan untuk terlibat dalam urusan berkaitan perjanjian tersebut. Tuntutan AS tersebut tiada sebarang asas undang-undang. Ketiga-tiga negara tersebut akan memelihara perjanjian nuklear Iran.

徐國瑋