Xi akan Berucap pada Sidang Ulang Tahun PBB

2020-09-21 11:57:23  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri siri persidangan peringkat tinggi sempena ulang tahun ke-75 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan menyampaikan ucapan menerusi pautan video.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau telah kerap kali membentangkan gagasan komuniti berkongsi nasib sesama insan di arena antarabangsa, menzahirkan aspirasi rakyat China untuk bersama-sama rakyat pelbagai negara ke arah mewujudkan dunia yang lebih indah.

Semasa menyampaikan ucaptama dalam sesi perbahasan Perhimpunan Agung PBB ke-70 pada September 2015, Presiden Xi menegaskan bahawa kedamaian, pembangunan, kesamarataan, keadilan, demokrasi dan kebebasan merupakan nilai bersama umat manusia dan juga matlamat perjuangan PBB.

Beliau turut menyarankan supaya pelbagai negara yang saling bergantung pada zaman sekarang, membentuk hubungan antarabangsa model baharu berteraskan kerjasama untung-untung dan membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Jelas beliau, hubungan antarabangsa model baharu perlu menjunjung dialog dan perkongsian, sementara mengelakkan konfrontasi dan amalan bersekutu. Semua negara baik besar mahupun kecil, harus memegang prinsip saling menghormati dan kerjasama saling menguntungkan. 

張哲