Kira Detik Menjelang 500 Hari Olimpik Musim Sejuk 2022

2020-09-21 12:42:11  CRI
Share with:

Kira Detik Menjelang 500 Hari Olimpik Musim Sejuk 2022_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_178674d8-aea6-407d-af9c-2227ed5c5097

Kiraan detik 500 hari menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 telah disambut dengan beberapa siri aktiviti kebudayaan Tembok Besar yang dianjurkan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing semalam.

Naib ketua setiausaha jawatankuasa tersebut, He Jianghai dalam ucapannya menyatakan, kira detik 500 hari ke temasya sukan itu bermakna kerja-kerja persiapan telah memasuki fasa ujian dengan menyeluruh dan semua gelanggang sukan akan siap dibina menjelang penghujung tahun ini.

Kira Detik Menjelang 500 Hari Olimpik Musim Sejuk 2022_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_0a6a3739-c371-4e13-b34f-79cddff1bfba

Antara siri sambutan tersebut termasuk aktivti pengumpulan karya guntingan kertas yang bertemakan Sukan Olimpik Musim Sejuk dari seluruh China pada September tahun ini hingga Mac tahun depan.

Pada masa sama, Kumpulan Beiao sebagai penaja temasya sukan ini telah melancarkan aktiviti larian jalanan di Beijing, Yanqing dan Zhangjiakou untuk menyemarakkan gaya hidup sihat.

曹捷