Melangkah ke Hidup Lebih Bahagia - Pelbagai Inisiatif Dilaksana Untuk Menjamin Ekologi Hulu Sungai Yangtze

2020-09-21 11:27:48  CRI
Share with:

Melangkah ke Hidup Lebih Bahagia - Pelbagai Inisiatif Dilaksana Untuk Menjamin Ekologi Hulu Sungai Yangtze_fororder___172.100.100.3_temp_9500031_1_9500031_1_1_d7e326c7-e14b-44d7-ac0a-a750b6a0f7b7

Kawasan Perlindungan Alam Gunung Jinyun peringkat negara dianggap sebagai pembekal udara segar utama bagi bandar Chongqing yang juga penting kepada ekologi di hulur aliran sungai Yangtze.

Kini, tempat ini bukan sahaja menjadi kegemaran pelancong untuk mengambil gambar, malah merupakan landskap paling baik bagi pengantin baharu untuk mengambil gambar perkahwinan.

Melangkah ke Hidup Lebih Bahagia - Pelbagai Inisiatif Dilaksana Untuk Menjamin Ekologi Hulu Sungai Yangtze_fororder___172.100.100.3_temp_9500031_1_9500031_1_1_50d5a925-357d-440a-af46-06c261b5360f

Namun, di kawasan perlindungan ini pada dahulunya pernah berlaku banyak masalah seperti bangunan haram dan urus niaga ‘inap desa’ yang dikelolakan tidak teratur sekali gus mengakibatkan kawasan hutan terjejas dan menambah beban berat terhadap ekologi alam.

Menurut penerangan oleh Naib Ketua Pejabat Perawatan Komprehensif Gunung Jinyun, Li Jun memberitahu bahawa dulunya kemakmuran urus niaga ‘inap desa’ di sekitar tasik Dai dianggap mendorong kepada isu pencemaran serius.

Melangkah ke Hidup Lebih Bahagia - Pelbagai Inisiatif Dilaksana Untuk Menjamin Ekologi Hulu Sungai Yangtze_fororder___172.100.100.3_temp_9500031_1_9500031_1_1_581efef9-89e0-40e0-9fa0-0eb0b63f8891

Walau bagaimanapun katanya, melalui langkah-langkah perawatan terhadap bangunan haram termasuk penutupan sebanyak 150 buah rumah penginapan yang tidak memenuhi syarat pengelolaan selain penanaman semula hampir 660 ribu batang tumbuh-tumbuhan dalam tempoh dua tahun, keadaan ekologi alam seluas 220 ribu meter persegi telah pulih.

Pemulihan ekologi alam telah mengindahkan kawasan perlindungan gunung Jinyun, sekali gus menarik semakin ramai pelancong. 

曹捷