Perlukan Sistem Pelbagai Hala yang Lebih Kuat

2020-09-21 14:15:09  CRI
Share with:

Seramai 49 bekas pegawai berprestij di arena antarabangsa menurunkan tandatangan pada surat terbuka sebagai simbolik bahawa satu sistem pelbagai hala yang lebih kuat dan inklusif harus diwujudkan.

Surat itu berbunyi, masyarakat antarabangsa digesa supaya mengambil kesempatan menyambut ulang tahun ke-75 penubuhan PBB yang kini memiliki 193 negara anggota untuk berusaha menuju ke arah mewujudkan sistem pelbagai hala yang lagi kuat, lebih bertanggungjawab dan inklusif.

Kesemua bekas pegawai berpendapat, sistem tadbir urus global yang berteraskan operasi PBB harus ditambah baik demi menyediakan bimbingan dan keputusan bagi menjamin umat manusia hidup dalam suasana aman sentosa dan masyarakat berkembang secara lestari.

Mereka juga berharap agar semua negara berkolaborasi untuk mendepani cabaran pandemik COVID-19.

董筱娉