Tiada Asas AS Umum Pulih Sekatan Iran

2020-09-21 13:32:32  CRI
Share with:

AS yang telah berundur dari perjanjian nuklear Iran pada Mei 2018, tidak lagi merupakan peserta perjanjian tersebut. Maka, perbuatannya yang secara sepihak mengisytiharkan sekatan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) ke atas Iran kembali berkuat kuasa, tiada asas dari segi undang-undang.

Pendirian itu dijelaskan oleh Wakil Tetap China ke PBB, Zhang Jun dalam sepucuk surat kepada presiden UNSC dan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres semalam.

Zhang berkata, 13 anggota UNSC dalam surat kepada presiden UNSC sebelum ini menyatakan bahawa sebarang keputusan atau tindakan susulan surat AS bertarikh 20 Ogos tidak mempunyai kesan dari segi undang-undang, politik mahupun praktikal. Konsensus tersebut juga telah dipersetujui presiden UNSC.

Tegas beliau lagi, UNSC akan terus menamatkan peruntukan resolusi berhubung sekatan ke atas Iran berdasarkan Resolusi 2231. Dalam pada itu, China komited untuk menjaga keberkesanan perjanjian nuklear Iran dan kewibawaan resolusi UNSC, di samping menggalakkan penyelesaian isu nuklear Iran melalui saluran politik.

 

周喬西