Perintah Injunksi Gantung Sekatan terhadap Wechat

2020-09-21 13:42:09  CRI
Share with:

Perintah Injunksi Gantung Sekatan terhadap Wechat_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_6012_0890f52d-fd2b-4e11-8d06-ea26a72929de

Hakim Majistret California, Laurel Beeler mengeluarkan injunksi menghalang Jabatan Perdagangan AS daripada melaksanakan sekatan terhadap aplikasi China, Wechat, sekali gus menghalang Apple Inc and Alphabet Inc’s Google menyingkirkan aplikasi media sosial itu dari kedai aplikasi mereka yang dijadualkan bermula pada 20 September.

Menurut laporan Reuters, Laurel mengkritik arahan pentadbiran Presiden Donald Trump yang mahu mengharamkan aplikasi itu atas alasan ia mengancam keselamatan AS, tidak spesifik, dan tiada butiran lanjut yang dapat membuktikan arahan berkenaan benar-benar baik demi kepentingan negara.

Setakat ini, tiada maklum balas daripada Jabatan Perdagangan negara itu berhubung injunksi berkenaan.

董筱娉