Kedutaan China di Kepulauan Solomon Dibuka

2020-09-21 13:33:20  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi mengutus surat tahniah atas pembukaan kedutaan besar China di Kepulauan Solomon pada hari ini.

Wang dalam suratnya menyatakan bahawa penjalinan hubungan diplomatik China-Kepulauan Solomon setahun lalu telah menyingkap lembaran baharu dalam ikatan dua hala. Melalui usaha bersama, hubungan bilateral berkembang lancar hingga membuahkan hasil yang amat memuaskan.

China bersedia bersama-sama Kepulauan Solomon memperdalam interaksi antara pucuk pimpinan serta melibatkan pelbagai peringkat, memperluas kerjasama pragmatik dalam segenap aspek, sekali gus membawa kemajuan lebih besar dalam hubungan dua hala demi manfaat rakyat.

周喬西