Tianwen-1 Selesai Pembetulan Orbitnya Buat Kali Kedua

2020-09-21 12:14:02  CRI
Share with:

Tianwen-1 Selesai Pembetulan Orbitnya Buat Kali Kedua_fororder_tw

Empat generator 120N milik alat peninjau Tianwen-1 telah dinyalakan secara serentak selama 20 saat malam tadi, sehingga berjaya membetulkan orbitnya buat kali kedua dalam perjalanannya ke Marikh.

Menurut Jabatan Angkasa Lepas Kebangsaan China (CNSA), setakat ini, Tianwen-1 yang sejauh 19 juta kilometer daripada bumi itu telah terbang 160 juta kilometer dalam 60 hari.

Untuk rekod, sejak berlepas dari bumi pada 23 Julai lalu, Tianwen-1 telah mengirim sekeping gambar bersama bumi dan bulan pada 27 Julai, dan selesai membetulkan orbitnya buat kali pertama pada 2 Ogos lalu.

Tianwen-1 Selesai Pembetulan Orbitnya Buat Kali Kedua_fororder_tw2

高蕾