China dan ASEAN Berprestasi Baik dalam Lawan COVID-19

2020-09-30 13:39:46  CRI
Share with:

Sejak tercetusnya wabak COVID-19, China dan negara anggota ASEAN saling menyokong dan berganding bahu untuk menbendung wabak dan mendorong pemulihan ekonomi. China bersedia bersama ASEAN untuk memperincikan konotasi perkongsian strategik dua hala dan membina komuniti berkongsi nasib sesama insan China-ASEAN.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar ketika memperkenalkan Ekspo China-ASEAN ke-17 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN yang bakal diadakan di Guangxi November nanti.

Selain itu, beliau menekankan bahawa China bersedia bersama ASEAN meningkatkan kerjasama dalam pengajian vaksin supaya mengatasi wabak dengan seawal mungkin. Selain itu, kedua-dua pihak akan terus membina “saluran pantas” dan “saluran hijau” untuk melindungi kestabilan rantai bekalan industri serantau, di samping mendorong Perkongsian Ekonomi Menyeluruh Sertantau (RCEP) ditandatangani menjelang penghujung tahun ini.

張憲