Tiong King Sing Ucapkan Tahniah Sempena Hari Kebangsaan China

2020-10-01 12:34:56  CRI
Share with:

Duta Khas kepada Perdana Menteri Malaysia ke Republik Rakyat China, Tiong King Sing mengeluarkan kenyataan, mengucapkan tahniah kepada Republik Rakyat China sempena Hari Kebangsaannya ke-71 semalam.

Menurut beliau, Malaysia mempertahankan pendirian satu China. Beliau selaku duta khas akan terus berusaha merapatkan persahabatan Malaysia-China, giat terlibat dalam inisiatif Jalur dan Laluan, mempukukuh situasi menang-menang dan persahabatan antara kedua-dua negara ini.

Beliau berharap agar Malaysia dan China saling mempelajari dan berkongsi pengalaman, selain memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

覃淼