Pertandingan Perekaan Lambang Peringatan Ulang Tahun ke-30 Hubungan Diplomatik China-Brunei

2020-10-01 12:35:54  CRI
Share with:

Pertandingan Perekaan Lambang Peringatan Ulang Tahun ke-30 Hubungan Diplomatik China-Brunei_fororder_brunei

Pertandingan perekaan lambang peringatan ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan diplomatik China-Brunei dilancarkan di Bandar Seri Begawan semalam.

Duta Besar China ke Brunei, Yu Hong ketika berucap dalam majlis pelancaran menyatakan bahawa tahun 2021 ialah ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan diplomatik China-Brunei. Karya-karya rekaan terpilih akan digunakan dalam siri aktiviti sambutan pada tahun depan.

Beliau berkata, China dan Brunei teladan hubungan negara besar dengan negara kecil dalam kerjasama secara sama rata dan saling menguntungkan. China akan berusaha bersama dengan Brunei dalam memikul tanggungjawab dan menangani cabaran. 

覃淼