Wang Yi Kutus Kawat Tahniah kepada Vivian Balakrishnan

2020-10-03 11:17:07  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Singapura, Vivian Balakrishnan sempena ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan diplomatik China-Singapura.

Wang berkata, hubungan China-Singapura mengekalkan trend perkembangan baik sejak terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara 30 tahun lalu. Kedua-dua negara memperkasakan kerjasama pragmatik dalam pelbagai sektor, merapatkan penyelarasan dalam urusan serantau dan antarabangsa, selain memberikan sumbangan kepada kemakmuran dan keamanan serantau. Kedua-dua negara menjalankan kerjasama melawan wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi, memperkukuh kesalingpercayaan dan interaksi pada tahun ini demi mempergiat kerjasama serantau, mempertahankan multilatealisme, serta mewujudkan masa depan kedua-dua negara dan serantau yang lebih cerah.  

覃淼