Album Peringatan Ikatan Diplomatik Singapura-China

2020-10-04 11:50:43  CRI
Share with:

Majlis pelancaran album foto memperingati ulang tahun ke-30 ikatan diplomatik Singapura-China diadakan di Singapura semalam. Menteri Negara Kanan Kementerian Luar dan Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat menghadiri majlis tersebut.

Album yang bertajuk "Jejak Pengasas: 30 Tahun Ikatan Diplomatik" itu mengumpul 130 gambar sejarah yang memaparkan sumbangan pemimpin generasi terdahulu untuk mengembangkan hubungan dua hala. 

Chee Hong Tat menyatakan, hubungan baik kedua-dua negara bertambah mantap selepas dugaan semasa diharungi bersama-sama dalam 30 tahun yang lalu. Sejak tercetusnya pandemik Covid-19 tahun ini, China dan Singapura saling menyokong. China menyediakan barang perubatan yang sangat diperlukan kepada Singapura yang membuktikan sahabat yang boleh percaya dan bergantung.

胡星