Malaysia: Kemasukan Pelajar Asing Ditangguh Hingga 31 Disember

2020-10-05 12:06:04  CRI
Share with:

Jabatan Imigresen Malaysia memutuskan untuk menangguhkan kemasukan pelajar asing sehingga 31 Disember ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata tindakan itu selaras keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada Jumaat lalu yang menangguhkan pendaftaran dan pengajian secara fizikal dan bersemuka pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk sesi kemasukan Oktober ini.

覃淼