COVID-19: Jakarta Longgarkan Sekatan

2020-10-12 12:52:19  CRI
Share with:

COVID-19: Jakarta Longgarkan Sekatan_fororder_Indonesia

Gabenor Jakarta, Anies Baswedan mula melonggarkan sekatan sosial dalam skala besar (PSBB) di ibu kota dan melaksanakan satu lagi fasa peralihan mulai 12 hingga 25 Oktober ini.

Beliau dalam satu kenyataan semalam berkata, pihak berkuasa melaksanakan dasar kecemasan segera kira-kira sebulan lalu berikutan jumlah kes jangkitan meningkat di luar kawalan. Selepas angka jangkitan kembali stabil, kerajaan memutuskan untuk melonggarkan sedikit demi sedikit PSBB.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan jumlah jangkitan harian, purata kematian dan trend kes aktif yang semakin reda serta kapasiti pesakit di hospital.

覃淼