Wang Yi Bertemu dengan Hun Sen

2020-10-13 13:49:13  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara yang juga Menteri Luar China, Wang Yi yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Kemboja menemui Perdana Menteri negara itu, Hun Sen semalam.

Wang Yi menyatakan Hun Sen ialah sahabat sejati pemimpin dan rakyat China. Beliau melawat China pada saat paling kritikal ketika China melawan wabak COVID-19 pada Februari lepas dan menyampaikan sokongan teguh kepada China, sekaligus menulis halaman penting dalam sejarah hubungan persahabatan China-Kemboja. China bersedia terus mempergiat kerjasama dengan Kemboja dalam pelbagai bidang, bersama-sama menangani cabaran pada masa akan datang.

Hun Sen menyanjung tinggi dan menghargai sokongan China untuk membantu Kemboja melawan wabak dan menggalakkan perkembangan sosioekonomi negara itu. Kemboja akan terus memperkasakan hubungan perkongsian strategik komprehensif dengan China, menyokong China dalam isu mengenai kepentingan asas, bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan antarabangsa dan serantau di samping menentang hegenomi.

胡星