Presiden Laos, Bounnhang Vorachit dan Perdana Menteri, Thongloun Sisoulith masing-masing ditemui Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi di Viantiane semalam.
Wang Yi berkata, China bersedia memperkasakan kerjasama dengan Laos untuk melawan pandemik COVID-19, dan terus menyediakan barang pencegahan wabak kepada negara itu. China dan Laos yang berjaya mengawal penularan wabak bukan sahaja bermanfaat bagi pemulihan ekonomi masing-masing, tetapi juga akan memperkasakan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.
Thongloun berkata, pihaknya beryakinan penuh terhadap kawalan wabak dan pembangunan ekonomi China. Laos yakin China akan menjadi teladan melawan wabak dan penggerak paling penting bagi pertumbuhan ekonomi dunia.