Tiada Faedah Canang “Teori Cantas Hubungan”

2020-10-19 13:22:39  CRI
Share with:

Tiada Faedah Canang “Teori Cantas Hubungan”_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_6016_9c2938a3-c040-44cb-a809-07bb4a530ae1

Perbuatan segelintir politikus Amerika Syarikat (AS) yang menggesa hubungan dengan China dicantas tidak membawa sebarang faedah.

Presiden Yayasan Nippon Jepun, Takeju Ogata menyuarakan pandangan demikian dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Beliau beranggapan ekonomi AS dan China saling melengkapi. Kedua-dua negara dapat saling untung jika bekerjasama, dan sebaliknya akan rugi jika bersengketa.

Sejak tercetusnya pandemik COVID-19, kerajaan AS kerap kali melemparkan tohmahan dan memburuk-burukkan imej China dengan mempergunakan isu virus.

Ogata berpendapat, kerajaan AS berbuat demikian sebagai modus operandi untuk mengelakkan tanggungjawab atas kegagalan membendung wabak dan mengalihkan perhatian awam supaya dapat mencapai kemenangan dalam pilihan raya presiden pada November nanti.

周喬西