AS Mahu Bersama Rusia Muktamad Perjanjian Kawalan Senjata

2020-10-21 12:07:50  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia mengadakan rundingan dengan Rusia serta-merta sehingga satu perjanjian kawalan senjata dimuktamadkan.

Jabatan Negara AS dalam kenyataan ringkas semalam berkata, pihaknya menghargai kesudian Moscow untuk menggerakkan perkembangan isu kawalan senjata nuklear, dan menjangka satu perjanjian yang dapat ditentusahkan akan dicapai.

Sebelum ini, Kementerian Luar Rusia dalam kenyataan mengesahkan, pihaknya masih belum menerima jawapan rasmi Washington berhubung cadangan Moscow supaya Perjanjian Pengurangan Senjata Strategik, yang dikenali sebagai New START, dilanjutkan sekurang-kurangnya selama setahun. Sebagai pertukaran, Rusia mahukan satu komitmen politik dibuat kedua-dua pihak bagi memastikan dua negara menghentikan aktiviti penghasilan peledak nuklear dalam tempoh lanjutan berkenaan.

董筱娉