Ekonomi China Terus Rancak

2020-10-22 12:31:58  CRI
Share with:

Ekonomi China mencatatkan prestasi yang lebih baik bagi tempoh tiga suku pertama tahun ini, hingga mengundang perhatian media asing.

Ekonomi China Terus Rancak_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_5223012e-e9b0-4684-9890-beaf2f71d4ad

Laporan akhbar Mesir Al-Ahram menyifatkan ekonomi China yang menyaksikan pertumbuhan positif dalam tempoh dua suku berturut-turut sebagai enjin utama yang memacu aktiviti ekonomi global.

Menurut laporan itu, China mengambil tindakan yang lebih tegas bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dan memangkinkan aktiviti pengeluaran secara serentak, malah merancakkan kegiatan eksport peralatan perubatan kepada negara-negara lain.

Ekonomi China Terus Rancak_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_614a3d95-ef5a-4e5e-a54f-3716119f1f79

Ahli ekonomi dari Jepun, Takamisawa Manabu ketika ditemu ramah akhbar China Harian Ekonomi mengulas pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China bagi suku ketiga pada tahap 4.9 peratus adalah hasil daripada kecekapan pengendalian operasi ekonomi, selain keberkesanan usaha membendung penularan wabak sejak awal tahun ini.

董筱娉