Rundingan Britain, EU Disambung Semula

2020-10-22 14:10:38  CRI
Share with:

Britain dan Kesatuan Eropah (EU) memulakan semula rundingan berkaitan hubungan pada masa hadapan di London bermula 22 hingga 25 Oktober.

Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, negara itu bersiap sedia menyambung semula rundingan dengan EU, dan kedua-dua pihak telah menyemak beberapa prinsip menghadapi fasa rundingan intensif.

Walau bagaimanapun, negara tersebut mengakui, terdapat kemungkinan bahawa mereka gagal mencapai perjanjian.

董筱娉