Prestasi Ekonomi China Penting bagi Dunia

2020-10-23 13:49:22  CRI
Share with:

Ekonomi China yang pulih dengan pantas amat signifikan bagi pertumbuhan semula sejagat, dalam senario penularan pandemik COVID-19 masih tidak terkawal di seluruh dunia dewasa ini.

Anggapan tersebut disuarakan tokoh-tokoh kewangan asing yang menyertai Persidangan Tahunan Forum Jalan Kewangan 2020 di Beijing baru-baru ini.

Mereka turut memuji langkah-langkah China untuk memperluas keterbukaan pasaran kewangannya.

Pengerusi Kumpulan UBS, Axel A. Weber yang hadir menerusi pautan video berpendapat, China mengawal pandemik itu dengan lebih efektif berbanding kebanyakan entiti ekonomi lain, menjadikannya antara sejumlah kecil negara yang merekodkan pertumbuhan positif pada tahun ini.

Beliau juga menganggap kemuluran ekonomi China penting bagi pertumbuhan global. Katanya, tanpa prestasi ekonomi China yang begitu baik, kemerosotan global dijangka bertambah teruk dengan momentum pemulihan lebih lemah.

 

周喬西