Perjanjian Pertukaran Mata Wang China-Korea Selatan Diperbaharui

2020-10-23 13:24:28  CRI
Share with:

Pengumuman perlanjutan tempoh Perjanjian Pertukaran Mata Wang Dua Hala (BSA) antara Bank Rakyat China dengan Bank Korea diadakan di Beijing, China semalam.

Menurut Bank Rakyat China, pembaharuan perjanjian itu akan memainkan peranan positif untuk menstabilkan pasaran kewangan dan memperluaskan penggunaan mata wang kedua-dua negara, selain bermanfaat untuk mempermudahkan perdagangan dan pelaburan.

Dalam pada itu, berdasarkan perjanjian baharu itu juga, turut difahamkan bahawa skala pertukaran mata wang kedua-dua negara diperluaskan daripada RMB 360 bilion (RM223 bilion) kepada RMB 400 bilion (RM248 bilion).

Untuk rekod, tempoh perjanjian baharu ini adalah selama lima tahun, dan boleh dilanjutkan lagi jika dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

呂清