China Menentang Tegas Penjualan Senjata AS kepada Taiwan

2020-10-23 12:47:01  CRI
Share with:

Kementerian Pertahanan China menentang tegas tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menjual senjata kepada Taiwan dan menggesa AS membatalkan rancangan penjualan senjata itu dengan serta merta.

Jurucakapnya, Tan Kefei pada semalam berkata, penjualan senjata AS kepada Taiwan bukan sahaja melanggar prinsip "satu China" dan tiga pengumuman bersama China-AS terutamanya peraturan dalam pengumuman “17 Ogos”, malah mencampur tangan secara serius dalam urusan dalaman China.

Jelasnya, tindakan itu juga merosakkan kedaulatan dan kepentingan keselamatan China, selain menjejaskan hubungan kedua-dua negara dan ketenteraan serta kestabilan dan kedamaian Selat Taiwan.

Menurut Tan, isu Taiwan berkaitan dengan kedaulatan dan keutuhan wilayah China, yang melibatkan kepentingan teras China.

Justeru katanya, sekiranya AS gagal mempedulikan prinsip asas hubungan antarabangsa dan tidak mentaati janjinya, China pasti akan mengambil tindakan balas. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan tentang Jabatan Negara AS yang meluluskan untuk menjual senjata yang bernilai lebih USD1.8 bilion (RM7.5 bilion).

曹捷