Henti Tempur, Kembali ke Meja Rundingan

2020-10-23 15:13:42  CRI
Share with:

Pihak-pihak terbabit dalam rundingan damai intra-Afghanistan sepatutnya duduk bersama di meja dialog, bukan melawan di medan pertempuran.

Pendirian itu disuarakan menerusi jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian ketika diminta mengulas rundingan damai antara kerajaan Afghanistan dengan Taliban dalam sesi taklimat di Beijing semalam.

Dilaporkan, rundingan yang bermula sejak sebulan lalu itu belum menyaksikan sebarang persepakatan, sebaliknya disurami pertempuran genting berterusan.

Zhao menyatakan, Amerika Syarikat (AS) merupakan unsur luaran terpenting yang mengganggu penyelesaian isu Afghanistan. Negara itu perlu melaksanakan perjanjian dengan mengundurkan tentera dari Afghanistan.

Tegas beliau, mana-mana pihak tidak boleh mengacau proses perdamaian Afghanistan hanya dengan mengejar kepentingan sendiri. Perdamaian dan pembangunan semula di negara itu terletak pada usaha menjaga keselamatan dan kestabilan.

董筱娉