Permohonan Paten AI di China Melebihi 30 Ribu

2020-10-23 15:10:21  CRI
Share with:

China menerbitkan sejumlah 28,700 kertas penyelidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) pada tahun 2019 yang menyaksikan peningkatan sebanyak 12.4% berbanding tahun sebelumnya.

Laporan Pembangunan AI Generasi Baharu China 2020 yang dikeluarkan pada Forum Inovasi Pujiang 2020 semalam turut memberitahu jumlah permohonan paten dalam bidang terbabit di China juga melebihi 30,000 pada 2019, iaitu bertambah 52.4% berbanding tahun terdahulu.

Selain itu, turut dimaklumkan juga daripada 100 tesis paling banyak dipetik berkenaan AI sejak lima tahun kebelakangan, 21 daripadanya adalah daripada China.

高蕾