China Giat Gubal Perundangan Kawal Eksport

2020-10-23 15:06:31  CRI
Share with:

Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China meluluskan Undang-undang Kawalan Eksport yang dijadualkan berkuatkuasa 1 Disember depan.

Sehubungan itu, Kementerian Perdagangan China memberitahu langkah setimpal akan diambil terhadap mana-mana negara dan rantau yang menyalahgunakan kawalan eksport sehingga mengancam keselamatan negara dan menjejaskan kepentingan China.

Dalam satu sidang media semalam, jurucakapnya, Gao Feng turut menjelaskan undang-undang yang merangkumi peraturan bidang, sistem, langkah kawalan serta kerjasama antarabangsa itu akan disempurnakan lagi bersama-sama dengan senarai kawalan.

高蕾