WHO: Perlu Tindakan Tegas Tangani COVID-19

2020-10-24 15:21:27  CRI
Share with:

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus mengingatkan bahawa hemisfera utara kini berdepan detik genting dalam melawan pandemik COVID-19.

Menurut beliau, beberapa bulan mendatang akan sangat mencabar, dengan sebilangan negara berada di landasan yang berbahaya.

Lantaran itu, beliau menggesa kerajaan pelbagai negara supaya mengambil tindakan tegas menghadapi COVID-19.

Katanya, negara yang berjaya mengawal dan mengurus wabak dengan baik sepatutnya melipatgandakan usaha membendung penularan ke tahap yang lebih rendah, di samping bersiap siaga dan bertindak pantas dalam menangani kecemasan. Negara yang menyaksikan lonjakan membabitkan kes baharu, pesakit di hospital dan penggunaan wad Unit Rawatan Rapi (ICU), perlu mengambil tindakan lanjut untuk mengatasi masalah tersebut. Situasi wabak di peringkat negara sewajarnya difahami setiap orang individu yang turut akan memberi respons berkenaan. Kerajaan perlu menyemak langkah-langkah pencegahan penularan wabak yang senang dipatuhi dan dijalankan orang ramai, selain menawarkan bantuan kepada individu, keluarga dan perusahaan. Selain itu, kerajaan perlu memperincikan arahan menyasarkan pesakit dijangkiti dan kontak kepada pesakit itu, di samping menambah baik sistem pengesanan kontak.

董筱娉