Gotong-royong Jadikan Ikatan Lebih Kukuh

2020-10-24 14:58:29  CRI
Share with:

Misi China ke Kesatuan Afrika (AU), bagi pihak kerajaan China, sekali lagi menyalurkan bantuan peralatan perubatan kepada AU untuk mengatasi pandemik COVID-19.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya AU, Thomas Kwesi Quartey mengucapkan terima kasih kepada kerajaan China kerana kerap kali menghulurkan tangan membantu.

Quartey menyanjung kesungguhan China dalam perjuangan melawan COVID-19 yang telah menjadi contoh baik bagi Afrika, bahkan global.

Katanya, ikatan persahabatan China-Afrika bertambah mantap menerusi gotong-royong dan solidariti pada saat getir membendung COVID-19.

Setakat ini, lebih 400 tan bahan bantuan melawan COVID-19 telah diserahkan kerajaan China kepada negara-negara Afrika dan AU.

周喬西