Isu Xinjiang: Dusta Disangkal Fakta

2020-10-24 14:21:55  CRI
Share with:

Pusat Penyelidikan Pembangunan Xinjiang baru-baru ini mengeluarkan laporan yang menganggap penduduk etnik minoriti di Xinjiang dapat memilih kerjaya secara berdikari, sukarela dan bebas.

Laporan itu ditulis berdasarkan hasil tinjauan terhadap lebih 70 buah syarikat serta respons daripada 800 orang usahawan dan penduduk etnik minoriti di wilayah tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam taklimat media semalam berkata, laporan berkenaan dapat mencerminkan keadaan sebenarnya dengan merangkumi maklumat dan fakta yang boleh dipercayai.

Beliau turut menyifatkan laporan itu sebagai bidasan hebat terhadap tohmahan sesetengah kumpulan pemikir anti-China yang menyebut terdapat "buruh paksa" di Xinjiang.

張哲