ASPI Dibongkar Wajah Sebenar

2020-10-24 15:39:01  CRI
Share with:

Institut Polisi Strategik Australia (ASPI) yang mendakwa dirinya agensi penyelidikan bebas nampaknya tidak mendapat tempat di hati rakyat negara itu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berujar demikian dalam sesi taklimat semalam, ketika diminta mengulas perbuatan ASPI yang sentiasa mereka-reka bermacam-macam maklumat palsu bernada anti-China.

Zhao mencela institut itu tidak bebas kerana mendapat biayaan daripada beberapa agensi Amerika Syarikat (AS) dalam jangka masa panjang, yang dipercayai asyik menabur fitnah menyasar China.

Tambahan lagi, ASPI juga dikritik tidak menjalankan kajian kerana laporan berhubung China disiapkannya tanpa fakta dan tiada nilai akademik, serta melanggar etika penyelidikan.

Zhao berkata, institut berkenaan sudah diketahui umum di China kerana sifatnya yang sentiasa memutarbelitkan fakta dan suka berdusta, dan juga menjadi bahan ketawa di persada dunia. Beliau turut menyeru supaya orang ramai jangan terpedaya dengan taktik pereka fitnah itu.

董筱娉