Semangat Lawan Wabak Bersama, Kekal Membara

2020-10-24 15:23:12  CRI
Share with:

Semangat bahu-membahu dan berjuang seiringan yang dipaparkan rakyat China dan Amerika Syarikat (AS) dalam melawan COVID-19, kekal membara sepertimana yang dicatatkan dalam buku baharu Gabenor New York, Andrew Cuomo.

Huraian itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian ketika diminta mengulas pujian Andrew Cuomo terhadap prestasi China memerangi wabak serta ucapan terima kasih yang diluahkannya atas sumbangan negara itu dalam menghulurkan peralatan perubatan, yang turut direkodkan dalam buku baharunya berjudul “American Crisis”.

Zhao menyatakan, virus menjadi musuh bersama manusia. Cubaan memburuk-burukkan reputasi negara lain serta mencari kambing hitam tidak berguna sedikit pun untuk menghapuskan virus atau merawat pesakit. Kedua-dua negara patut menggembleng tenaga menjaga keselamatan nyawa dan kesejahteraan rakyat dua negara, malah warga bumi.

Beliau berharap agar AS dapat mengawal secepat mungkin penularan wabak, di samping komited untuk terus menyalurkan bantuan kepada rakyat AS dalam melawan wabak.

董筱娉