Ucapan Presiden Xi Dapat Sahutan

2020-10-25 14:11:26  CRI
Share with:

Ucapan Presiden Xi Jinping pada majlis memperingati ulang tahun ke-70 penglibatan Tentera Sukarela Rakyat China dalam perang menentang pencerobohan AS dan membantu Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK)yang diadakan di Beijing baru-baru ini, mendapat sahutan masyarakat antarabangsa.

Akhbar Rodong Sinmun dan Agensi Berita Pusat Korea(KCNA) dalam laporannya menganggap kemenangan perang itu mempunyai makna yang signifikan terhadap perjuangan untuk mewujudkan kemerdekaan bangsa di seluruh dunia, dan juga perubahan pola strategik global.

Tokoh-tokoh pelbagai negara pula beranggapan bahawa ucapan Presiden Xi membolehkan khalayak ramai meneliti iktibar daripada peristiwa sejarah itu, sekali gus melantangkan komitmen China dalam mempertahankan kedaulatan negara serta kedamaian dunia.

張哲