China Komited Tingkat Keterbukaan Pasaran Modal

2020-10-25 15:31:35  CRI
Share with:

China komited menggalakkan keterbukaan pasaran modal secara keinstitusian, di samping meningkatkan keupayaan berkhidmat untuk aktiviti pelaburan dan pembiayaan merentasi sempadan.

Demikian dinyatakan Naib Pengerusi Suruhanjaya Kawal Selia Sekuriti China (CSRC), Fang Xinghai dalam Sidang Kemuncak Kewangan Bund ke-2 di Shanghai semalam.

Kata beliau, kadar pegangan saham A China oleh institusi modal asing meningkat dengan ketara sejak 2018. Hal ini mencerminkan keyakinan pelabur global terhadap pasaran saham dan prospek ekonomi negara ini.

張哲