Kesungguhan China Jaga Multilateralisme Dipuji

2020-10-25 14:33:22  CRI
Share with:

Kesungguhan China Jaga Multilateralisme Dipuji_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_6016_ae0b6209-b292-4571-ac63-a9a34aa968a3

Dukungan China terhadap multilateralisme akan membawa pengaruh yang lebih besar kepada pembangunan sistem multilateral global.

Pujian itu diberi oleh Ketua Pengarah Pejabat PBB di Geneva, Tatiana Valovaya dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Valovaya juga menghargai komitmen China untuk melindungi sistem antarabangsa berteraskan PBB dan menggalakkan kerjasama sejagat.

Beliau beranggapan multilateralisme pada zaman moden ini patut lebih inklusif, menyasarkan pencapaian matlamat agenda pembangunan mampan yang ditetapkan PBB menerusi kolaborasi dan solidariti.

Menurut satu tinjauan pendapat umum yang disertai lebih sejuta orang, 87% daripadanya meluahkan harapan supaya multilateralisme diperkukuh. Mereka menanti-nantikan lebih banyak kerjasama antarabangsa dijalankan dan menyokong kerja-kerja diusahakan PBB.

周喬西