Canton Fair ke-128 Labuh Tirai

2020-10-25 15:02:24  CRI
Share with:

Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair) ke-128 yang berlangsung secara dalam talian pada 15 hingga 24 Oktober, melabuhkan tirainya semalam.

Pameran kali ini membuahkan hasil yang memuaskan dengan hampir 26 ribu syarikat dari 226 negara dan wilayah mengambil bahagian, mempertontonkan lebih 2.47 juta komoditi antaranya termasuk 730 ribu produk baharu.

Jurucakap Canton Fair, Xu Bing berkata pameran ini bukan sekadar menyumbang kepada penstabilan perdagangan dan pelaburan asing, malah memperlihatkan kesungguhan China untuk menjamin kelancaran rantaian industri dan bekalan antarabangsa melalui tindakan praktikal, sekali gus menyuntik momentum baharu bagi pemulihan ekonomi dunia.

周喬西