Seru Dukung Multilateralisme, Perkukuh Solidariti

2020-10-25 14:46:06  CRI
Share with:

China menyeru semua negara supaya menyokong multilateralisme dan kerja-kerja PBB, sambil memperkukuh perpaduan dan kerjasama antarabangsa.

Seruan dibuat menerusi Wakil Tetap China ke PBB, Zhang Jun semasa menyampaikan ucapan menerusi pautan video sempena Hari PBB yang disambut pada 24 Oktober setiap tahun.

Zhang berkata, nasib umat manusia bersangkut paut dan saling mempengaruhi. Sinergi dan solidariti antara satu sama lain adalah kunci bagi menewaskan pandemik COVID-19 dan mengatasi pelbagai cabaran global. Inilah iktibar dan pengajaran penting yang diambil daripada krisis virus.

China akan terus mendukung multilateralisme, teguh menyokong Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa. Dalam pada itu, semua negara hendaklah menggembleng tenaga untuk menggalakkan pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

 

周喬西